Friday, November 28, 2008

Aku & Cerita

Kes 1
Suami orang berkawan dengan awek bujang. Kantoi dengan isteri tapi still teruskan hubungan. Ntah la si awek bujang tu dah tau cerita sebenar pun masih nak juga.kuat betoi penangan suami orang tu..Sungguh aku tak faham..Berkawan sehingga terlanjur..Nauzubillah..Tekad nak kawin juga..Awek bujang anak org Korporat, bila parents tau tak kasik kawen coz suami orang tu pekerja biasa..Awek bujang memberontak bwk kete laju2 n nak dijadikan cerita eksiden..cedera parah n tak dapat diselamatkan..Meninggal dunia..Innalillah semoga dosanya diampunkan..Aku rasa cam cerita drama jer..

Kes 2
Awek yang terlalu baik dgn bofren.Bagi pinjam kete dia pada bofren tercinta sedangkan dia sendiri berpanas & berhujan naik bas. Bila nk semula kete mintak dr bofren, bofren tak bg buat cam harta sendiri.Terjadi pergaduhan di kedai makan..suma org tgk..malu tak terhingga..bofren panas tangan pukul awek sampai terjelepuk..Org ramai tangkap, report polis. Nasihat kawan2 lupakan bofren cam gitu, blum jadi suami dah pandai naik tangan..mak ayah kita pun tak wat cam tu..Bos tau kes tukarkan awek kt tempat keje lain utk keselamatan..x nk bofren giler buat hal lagi..Pun aku rasa cam cerita drama

Kes 3
Loving couple yg asyik bercinta. Awek g kerja bofren anta berambil sampai ke depan opis. Di KL, jarang org keje Sabtu, tp awek kena keje Sabtu. Bofren susah ati, anta awek naik LRT..Nak dijadikan cerita, bofren nk g kuar duit. perasan ade org follow, tak jadi kuar duit. Suddenly, dikepung 4 lelaki, 3 warga indon, 1 melayu tempatan. Mintak bagi semua yg ade, jika tak pisau pun di acu..Bofren bagi wallet n handphone pada Jantan Syaitan..Buat report polis & bofren suh awek berhenti keje coz takut kena aim lagi..Pun aku rasa cam cerita drama

Ada 1 cerita tentang 4 org bernama semuaorang, seseorang, sesiapa dan tiadasiapa. Ada tugas yang penting utk dibuat dan semuaorang pasti yg seseorang yg akan buatnya. Seseorang amat marah kerana ia merupakan kerja semuaorang, semuaorang igt sesiapa saja boleh membuatnya, tp tiadasiapa sedar bahawa semuaorang tidak ingin membuatnya. Ia berakhir dgn semuaorang menyalahkan seseorang apabila tiadasiapa buat apa yang sesiapa saja boleh buat. Renung2kan dan Selamat Beramal

No comments: